Aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia

Ke arah pengguna kewangan yang lebih bijak melalui siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia:

  1. MyBNM : Dapatkan maklumat dan pengumuman terkini mengenai hal-hal kewangan di dalam negeri dan peringkat global serta amaran penting kepada pengguna berhubung dengan penipuan wang.
  2. BNM MyLINK : Saluran berkesan yang menghubungkan pengguna dengan institusi kewangan di Malaysia untuk mengemukakan pertanyaan, mendapatkan nasihat dan membuat aduan.
  3. MyTabung : Aplikasi pemantau belanjawan untuk merancang dan menguruskan kewangan peribadi anda atau isi rumah secara berhemat untuk mencapai matlamat kewangan.
  4. MyRinggit : Ketahui ciri-ciri keselamatan penting dan teknik untuk membezakan wang kertas Malaysia yang asli dengan yang palsu.

Dapatkan dan muat turun siri aplikasi mudah alih Bank Negara Malaysia ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara percuma di App Store atau Google Play.

MB Mari Kampung Kita

20/3/2019 – Rabu : Program MB Mari Kampung Kita Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019.

Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu hadir bersama barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Selesai sesi penerangan bajet oleh Y.A.B Menteri Besar, sesi diskusi diadakan yang dikendalikan oleh Pengarah IMITS Ustaz Kamaruzzaman bin Abdullah. Pada sesi ini Soalan-soalan yang dilontarkan oleh para hadirin dijawab secara langsung oleh Y.A.B Menteri Besar dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan.

Selesai diskusi Y.A.B Menteri Besar bergegas ke Perumahan Awam Padang Setengge.

-Admin

Terengganu Bike week 2019

Terengganu Bike Week 2019 kembali menggegarkan Negeri Terengganu.

Pastikan peminat-peminat motor jangan ketinggalan program yang diadakan setiap tahun ini.
Pelbagai aktivi, pameran dan jualan diadakan sepanjang program.

Ingat tarikhnya bermula 29 – 31 Mac 2019
Bertempat di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Jom abang-abang motor pakat g deh..

Sumber: Beautiful Terengganu Malaysia

MITI, Kerajaan Terengganu Akan Jalin Kerjasama Bangunkan Industri Robotik

KUALA TERENGGANU, 18 Mac – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan kerajaan Terengganu untuk membangunkan industri robotik dengan penglibatan penduduk tempatan sebagai tenaga kerja dalam tempoh terdekat.

Menteri, Datuk Darell Leiking berkata Terengganu mempunyai prasarana industri robotik yang baik dan mempunyai banyak tenaga mahir yang boleh dilatih dalam industri itu.

“Kerjasama ini akan membabitkan satu agensi di MITI yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Ini adalah satu usaha yang diambil MITI bagi mengukuhkan sumbangan Terengganu kepada pertumbuhan ekonomi negara. – BERNAMA